Resepi

Assalamualaikum kami A&A HomeChocolates amat menghargai followers kami. Untuk penghargaan itu kami memberikan pelbagai jenis resepi coklat untuk anda

                                         
COKLAT CITRUS

BAHAN-BAHAN :

Isi coklat citrus:

100g gula
50g kuning telur
25g jus lemon
25g jus oren
40g mentega


Penyalut coklat:

500g coklat putih


CARA-CARA MEMBUATNYA :

Inti citrus:

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan di cairkan secara "double boil". Kacau perlahan-lahan sehingga pekat. Biarkan sejuk sehingga keras.

1. Tuangkan selapis coklat putih yang telah di cairkan ke dalam acuan dan biarkan separuh keras.
2. Gunakan pengikis untuk kikisan coklat berlebihan dari atas acuan. biarkan sejuk sehingga keras.
3. Isikan inti citrus sehingga 3/4 penuh dan tuangkan baki coklat putih sehingga menutup keseluruhan acuan.
4. Kikiskan coklat berlebihan dan biarkan keras dalam peti sejuk.
5. Keluarkan dari acuan dan hias dengan coklat hitam.






HIRISAN ALMOND KARAMEL

BAHAN-BAHAN :

100g gula
30ml air
 300g badam panjang
500g coklat susu (digunakan sebagai penyalut)

CARA-CARA MEMBUATNYA :

 1. Masak gula dan air pada suhu 124'c.
 2. Tambah hirisan badam dan terus kacau.
 3. Apabila hirisan badam sudah menjadi karamel, 
     gunakan sudu untuk di cedokkan ke atas dulang 
     rata yang telah dilapis dengan kertas minyak.
 4. Setelah sejuk, salutkan dengan coklat susu cair.